Dahulu ramai para saintis yang meragui tentang kewujudan air
zam zam ini. Ada yang mengatakan terdapat sebuah paip di bawah tanah. Namun
sebenarnya terdapat banyak keajaiban tentang air zam zam ini.
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh
mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering
walaupun sekali. Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal
untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari
Mesir. Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari
kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh
pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih
kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke
tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air
zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya
jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka
jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan
kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah
garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk
kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan
keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian
memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah
ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk
diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di
Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas
menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran
bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti
tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila
melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x
4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh
mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku
sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh
mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap
minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta
pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit
di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah
mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari
satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar
melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh
melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air
yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air
dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga,
lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau
sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya
tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di
bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga
ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air)
berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya
seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di
semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan
yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi
menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif
membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga
lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam
magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada
air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi
jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya
sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini.
Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu
datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya,
air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi
gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa
saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar
sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan
maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau
meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu.
Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad,
Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.)
pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian
membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw)
untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium
Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya
berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding
telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat
memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di
telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah
dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang
tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa
air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai
ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun
negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
No comments:
Post a Comment