Saturday, January 5, 2013

Alahai cucu atok.



Pada suatu petang Ani yang berumur lima tahun sedang berehat di bawah pokok rambuatan bersama dengan datuknya sambil menikmati buah rambutan yang baru dipetik mereka. Dilihatnya begitu payah untuk datuknya memakan buah rambutan itu kerana giginya hanya tinggal dua batang sahaja. Lalu Ani pun bertanya kepada atoknya

Ani : Atok kenapa gigi atok tinggal dua batang saja?
Atok: Ani atok kan dah tua jadi orang tua semakin lama semakin sikit je gigi dia.
Ani : Ooo macamtu ke. Jadi kalau orang yang tiada gigi kira lebih tua dari atok ye
Atok: kiranya macam tu la. Kenapa Ani tanya atok macam tu?
Ani : Saje je,tapi atok Ani rasa kan kalau macam itu adik Ani lebih tua la dari atok.
Atok: Kenapa pulak Ani cakap macam tu?
Ani : Ye la,kan adik Ani takde gigi kiranya dia lebih tua dari atok la.
Atok: dalam hati (alahai cucu atok)

No comments:

Post a Comment